About Us

Jenama UKHTEES bermula pada awal tahun 2015 dengan memperkenalkan pakaian muslimah dengan design kegemaran mahasiswi dan pelajar universiti dan kolej. Pakaian muslimah UKHTEES diperbuat dari material campuran Kapas & Polyester yang tidak mudah pudar , mengembang mahupun mengecut walau beratus kali basuhan. Alhamdulillah, UKHTEES mendapat sambutan ramai pelajar wanita Malaysia ketika itu.

Dari kejayaan tersebut, UKHTEES telah tampil lebih matang mensasarkan lebih ramai wanita Malaysia disamping produk UKHTEES ditambah baik dengan R&D berkaitan potongan pakaian yang sesuai dengan bentuk badan wanita kebanyakan di Malaysia dengan mengambil maklumat daripada para pelanggan setia di samping mengutamakan kualiti dan keselesaan. Insyallah dengan baju muslimah UKHTEES pengguna boleh menutup aurat dengan lebih selesa.

Baju muslimah Ukhtees di guna untuk program masjid dan aktiviti ahli2 mualaf dan guru pembimbing di Kelas Agama di Sabah, begitulah kata-kata salah seorang pelanggan kami.

Kehidupan pada waktu pandemik menyukarkan perkembangan bisnes ramai orang tidak terkecuali Ukhtees. Ukhtees segera beradaptasi dengan menghasilkan Baju Rumah yang selesa untuk dipakai di rumah oleh para wanita. Baju Rumah menjadi pilihan ramai wanita yang inginkan keselesaan ketika membuat kerja-kerja rumah. Tidak cukup dengan lengan 3suku untuk Baju Rumah, Ukhtees seterusnya menghasilkan Blouse Tshirt lengan panjang dan A-cut.

UKHTEES mengambil pendekatan untuk mengubah model bisnes kami yang dahulu cuma Preorder kepada READYSTOCK bermula 2021. Satu keputusan besar yang telah dibuat demi pelanggan-pelanggan Ukhtees. Pada mulanya sukar, tetapi alhamdulillah berjalan dengan baik. Sokongan dari para pelanggan sangat dihargai.

VISI UKHTEES ialah menjadi platform pilihan wanita mendapatkan pakaian selesa sepanjang hari.

UKHTEES dimiliki oleh 1994 Demi Masa Enterprise. yang diterajui oleh pasukan anak muda yang berpusat di

UKHTEES , 16, JALAN 1/9, BANDAR TEKNOLOGI KAJANG, 43500 SEMENYIH, SELANGOR.

KINI KAMI JUGA MENERIMA PELANGGAN SECARA WALK IN!

JEMPUT DATANG KE KEDAI KECIL KAMI

KAMI JUGA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN CETAKAN BAJU UNTUK PASUKAN ANDA!

SWEATER HOODIE, JERSEY SUBLIMATION, TSHIRT, POLO SHIRT

hubungi untuk buat baju pasukan –> 0137184367

 

PASUKAN KAMI

MEETING TAHUNAN 2020

MEETING TAHUNAN 2022

JAMUAN RAYA AIDILFITRI 2022

Terima kasih kerana sudi membaca kisah kami

SALAM SEUKHTEES KASIH